VIDEO Peguam Negara Tommy Thomas Cakap Melayu

PUTRAJAYA: Video menunjukkan Peguam Negara, Tommy Thomas, memberi ucapan dalam bahasa Melayu menjadi viral di laman sosial, hari ini.

Rakaman video kira-kira empat minit itu dimuat naik peguam, Shamsul Sulaiman, yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya di laman Facebooknya yang menunjukkan Thomas membaca ucapan dalam bahasa Melayu pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Jabatan Peguam Negara di sini, hari ini.

Thomas sebelum ini dikecam beberapa pihak kerana didakwa meminggirkan bahasa Melayu dan mengutamakan bahasa Inggeris pada sidang medianya di Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini.

Namun, kesungguhannya untuk berbahasa Melayu biarpun hanya dengan membaca teks ucapan, mencuit hati mereka yang hadir pada majlis itu, yang dipercayai kakitangan dan ahli Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA).

Dalam ucapannya, Thomas menekankan kepentingan persatuan berkenaan untuk menjaga kebajikan dan keperluan ahli.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya yang kemudian disambut dengan tepukan oleh mereka yang hadir.

VIDEO Peguam Negara Tommy Thomas Cakap Melayu VIDEO Peguam Negara Tommy Thomas Cakap Melayu Reviewed by Pendekar Berkuda on 23:16 Rating: 5

No comments

Ads Inter Below The Post
Image Link [https://lh3.googleusercontent.com/-wlvSkBWGUW0/AAAAAAAAAAI/AAAAAAAAAxU/6FpWSjn-h2o/s120-c/photo.jpg] Author Name [OHTerbaik] Author Description [Media GILA Hanya Untuk Orang GILA.] Facebook Username [#] Twitter Username [#] GPlus Username [#] Pinterest Username [#] Instagram Username [#]