Terkini! Rakyat Malaysia di Paksa Bagi Duit Mereka Kepada Kerajaan Melalui Pos Malaysia.



SHAH ALAM: Rakyat Malaysia yang mahu menderma kepada Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) kini boleh berbuat demikian melalui Pos Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, sebanyak 340 pejabat pos akan berfungsi sebagai ejen Maybank untuk menerima sumbangan daripada orang awam.

"Ini adalah inisiatif Pos Malaysia untuk memudahkan usaha dan hasrat rakyat untuk menyumbang kepada negara. Lokasi semua 340 pejabat pos boleh dilihat di laman sesawang Pos Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pembungkusan Bersepadu di Pusat Mel Nasional Seksyen 21, di sini, hari ini.

Pada masa sama, kata Gobind, Pos Malaysia juga akan menawarkan perkhidmatan penghantaran surat percuma sempena bulan kemerdekaan dan turut menggalakkan orang ramai menulis surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya menggalakkan rakyat untuk menulis surat kepada Perdana Menteri kita dan berkongsi kebanggaan, harapan dan impian untuk Malaysia Baharu," katanya.

Orang ramai boleh membeli setem koleksi khas SetemKu Khas Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijual pada harga RM93 bagi setiap fail, dengan setiap RM5 disalurkan kepada Tabung Harapan.

Ia boleh dibeli melalui laman sesawang eziemall.com atau di pejabat pos Pos Malaysia manakala penghantaran surat secara percuma boleh diutuskan dengan menggunakan sampul surat 'Kiriman Merdeka' yang boleh diperoleh di semua pejabat pos.

Menjawab dakwaan perkhidmatan Pos Malaysia kurang bermutu, Gobind berkata syarikat perkhidmatan pos itu sudah diarahkan untuk menilai semula keseluruhan sistem penghantaran suratnya untuk mengatasi masalah penghantaran yang dibangkitkan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

"Kita perlu menilai semula dan mengkaji kelemahan Pos Malaysia. Ia tidak hanya membabitkan satu masalah tertentu saja, tetapi beberapa masalah dan kita perlu melihat apa cara terbaik untuk maju.

"Saya menerima banyak aduan daripada semua pihak melalui laman sosial Facebook dan Twitter, ada sesetengah mengadu mereka tidak menerima kiriman. Saya sudah meminta Pos Malaysia menilai semula sistem mereka dan syarikat itu menyatakan komitmennya untuk mengatasi isu terbabit.

"Mereka akan mengkaji isu terbabit dan akan menyerahkan laporan kepada saya dalam tempoh sebulan. Kita sudah memasuki era digital yang menyaksikan ramai menggunakan Internet untuk membeli barang, kita perlu memastikan perkhidmatan Pos Malaysia adalah terbaik," katanya.

Gobind berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan syarikat berkenaan untuk menggunakan kesemua 691 pejabat pos di seluruh negara untuk menawarkan perkhidmatan tambahan kepada orang ramai, terutama dalam kalangan kumpulan B40.

"Kita akan membuat pengumuman mengenainya apabila tiba masanya, antara lain saya sudah mengarahkan Pos Malaysia melihat bagaimana pejabat pos boleh menawarkan perkhidmatan Internet," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Gobind berkata, beliau juga sudah mengarahkan Pos Malaysia untuk mengkaji semula gaji posmen.

"Adalah penting untuk mengambil berat kebajikan mereka, saya memberi keutamaan kepada perkara ini dan membangkitkannya dengan Pos Malaysia yang sedang melihat perkara ini. Saya berharap dalam tempoh sebulan lagi kita boleh mengumumkan penstrukturan semula gaji mereka," katanya.
Terkini! Rakyat Malaysia di Paksa Bagi Duit Mereka Kepada Kerajaan Melalui Pos Malaysia. Terkini! Rakyat Malaysia di Paksa Bagi Duit Mereka Kepada Kerajaan Melalui Pos Malaysia. Reviewed by Pendekar Berkuda on 00:48 Rating: 5

No comments

Ads Inter Below The Post
Image Link [https://lh3.googleusercontent.com/-wlvSkBWGUW0/AAAAAAAAAAI/AAAAAAAAAxU/6FpWSjn-h2o/s120-c/photo.jpg] Author Name [OHTerbaik] Author Description [Media GILA Hanya Untuk Orang GILA.] Facebook Username [#] Twitter Username [#] GPlus Username [#] Pinterest Username [#] Instagram Username [#]