Melampau! Khairy Jamaluddin Tuduh UMNO Parti Rasis & Perkauman. Tak Akan Tawan Putrajaya.

Melampau! Khairy Jamaluddin Tuduh UMNO Parti Rasis & Perkauman. Tak Akan Tawan Putrajaya.



Khairy Jamaluddin berkata UMNO mungkin perlu melupakan hasrat menawan semula Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika masih memainkan isu perkauman sebagai modal untuk memomokkan orang Melayu.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata keresahan orang Melayu memang wujud berikutan pelantikan bukan Melayu sebagai Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara tetapi kecil berbanding isu lain seperti ekonomi dan sosial.

"Sejak selesai pemilihan UMNO, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum, kutip tabung untuk mantan Presiden dan repeat (ulang) semula.

"Tidak salah kita bersolidariti dengan DSN (Datuk Seri Najib Razak) tetapi adakah itu sahaja UMNO 'baharu'. Sudah kena pukulan maut semasa PRU-14, masih pekak terhadap suara rakyat," katanya menerusi beberapa status yang dimuat naik di Twitter rasminya, hari ini.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, UMNO kini berada di persimpangan untuk memilih hala tuju sama ada ke kanan atau tengah.

"Ke kanan mungkin menang sorak sementara. Tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah. Sukar difahami akar umbi. Tetapi itulah jalan yang ada untuk terus hidup," katanya.

Khairy berkata, beliau masih percaya UMNO adalah khemah besar untuk orang Melayu yang mana DNA asalnya adalah moderat, berhaluan tengah dan meraikan kepelbagaian.

"Sebab itu saya masih bersama UMNO. Tetapi saya tidak setuju dengan manifestasi rasis yang semakin wujud selepas pemilihan parti. Saya tidak terima tawaran jawatan selepas kalah dalam pemilihan sebab saya perlu ada kebebasan untuk bersuara dalam parti.

"Biarlah ada kepelbagaian suara dalam UMNO. Ada yang label saya 'liberal' dan lain-lain. Tidak penting. Yang penting ada 'dissenting voice vs haluan kanan parti'," katanya.

Mengulas maklum balas pengguna Twitter @DIYSAR yang konon kenyataannya memberi gambaran akan melompat parti, Khairy berkata, beliau akan tetap bersama UMNO.

"Saya tidak lompat ke mana-mana. Saya tetap bersama UMNO. Cuma saya mahu perbetulkan rumah saya supaya tidak kekal berwajah haluan kanan yang ekstrem dan rasis selama-lamanya," katanya.
Melampau! Khairy Jamaluddin Tuduh UMNO Parti Rasis & Perkauman. Tak Akan Tawan Putrajaya. Melampau! Khairy Jamaluddin Tuduh UMNO Parti Rasis & Perkauman. Tak Akan Tawan Putrajaya. Reviewed by Pendekar Berkuda on 00:02 Rating: 5

No comments

Ads Inter Below The Post
Image Link [https://lh3.googleusercontent.com/-wlvSkBWGUW0/AAAAAAAAAAI/AAAAAAAAAxU/6FpWSjn-h2o/s120-c/photo.jpg] Author Name [OHTerbaik] Author Description [Media GILA Hanya Untuk Orang GILA.] Facebook Username [#] Twitter Username [#] GPlus Username [#] Pinterest Username [#] Instagram Username [#]